SELAMAT DATANG KE BLOG SUKAN & REKREASI, KLINIK KESIHATAN SANDAKAN. KAMI SENTIASA MEMAPARKAN INFO-INFO SEMASA UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI SUKAN & REKREASI DI SEKITAR ANDA

Tuesday, April 17, 2012

CABARAN MENDAKI GUNUNG KINABALU


Program Cabaran Mendaki Gunung Kinabalu anjuran Klinik Kesihatan Sandakan akhirnya menjadi kenyataan selepas penantian lebih kurang 1 tahun di dalam takwim Biro Sukan & Rekreasi. Seramai 20 orang para pendaki dari klinik ini berjaya menawan puncak Kinabalu pada 25-27hb April 2012.

Pendakian mengambil masa 2 hari di mana pendaki perlu bermalam di Laban Rata di paras 6 KM. Daripada point ini, pendaki akan mula mendaki pada pukul 2 pagi dan dijangka tiba di puncak pada jam 4.30 pagi. Pendaki dibenarkan berada di puncak Gunung Kinabalu selama 15 minit sahaja untuk memberi laluan kepada pendaki yang lain kerana ruang yang sangat terhad.

Seluruh warga Klinik Kesihatan Sandakan mengucapkan TAHNIAH kepada semua pendaki.

No comments:

Post a Comment